Sebut saja lelaki romantik, mesti perempuan nak, kan ? Kecuali kalau tomboy/penkid/lesbian..Romantik selalu di definasikan sebagai caring , cakap lemah lembut, suka bagi bunga, pandangan mengoda etc... hanya si dia saja yg tahu menilai kita ni romantik ke tidak kan ?.
Romantik perlu datang dari hati yang ikhlas tak boleh di buat-buat, romantik sebenarnya bukan sekadar ingat tarikh istimewa, beli teddy bear atau bunga tetapi cara layanan terhadap yang tersayang. Kelembutan dan keikhlasan yang ditunjukkan itulah sifat romantik....
Pernah satu masa dulu kajian mengatakan lelaki asia tidak romantik... mesti marah orang kita kan, apa tidaknya itu jadi alasan kenapa perempuan kita pilih jantan bangsa lain seperti indon, pakistan ,nepal, afrika, tak kiralah bagaimana rupanya pun asalkan romantik katanya , sampai sanggup lupakan agama dan keluarga..
Ramai perempuan yang tersasar dalam mencari lelaki romantik kerana termakan jerat si jantan penggoda yang pandai berkata manis, si kasanova atau lelaki don juan ... Sebab itulah kan ustaz selalu pesan kalau nak cari jodoh, antara rupa, darjat/ harta kekayaan dan agama, pilihlah kerana agamanya (kuat pegangan agama, suka berbuat kebaikan etc.)
Nabi kita Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling romantik untuk kita jadikan icon, tidak perlu tercari-cari lagi siapa dan bagaimana ciri lelaki yang dikatakan romantik...
~ baginda memanggil isteri dengan panggilan yang mesra ya' umairah
~ baginda suka meletakkan kepalanya di ribaan isteri
~ baginda suka mandi bersama isteri
~ baginda suka membawa balik buah tangan kepada isteri bila berpergian
- baginda minum dari cawan yang sama dan ditempat
yang sama dimana mulut isteri diletakkan
- baginda suka bergurau senda dengan isteri (mewujudkan
suasana yang gembira bersama isteri)
- baginda menampal sendiri baju yang koyak tanpa menyuruh isteri
Sayiditina Aisyah r.a. menceritakan 'kalau baginda berada dirumah, selalu membuat urusan rumahtangga baginda
- bila azan segera ke masjid dan cepat-cepat pula pulang ke rumah bersama isteri
- seringkali bila pulang tiada makanan yang siap dimasak, sambil
tersenyum baginda meyingsing lengan baju dan membantu isteri di dapur (bukan komplen kenapa tak siap
masak lagi)
- pernah pulang dalam keadaan lapar, tiada makanan yang dah di masak
atau yang mentah, baginda terus berpuasa tanpa rasa marah dan kesal bila isteri sedang marah,
baginda menegur &
menasihat dgn lemah lemah lembut &
berhemah
- baginda amat marah bila suami memukul isteri tidak kira apa alasannya dan berkata 'mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu!'
- baginda pernah bersabda:
“ Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dengan isterinya, kasih, lemah
lembut dan sabar dengannya ”
0 comments:
Post a Comment