BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, January 5, 2014

Tips Semasa Akad Nikah
1. Khutbah nikah - masa ni dengar betul2, bagi faham okey.. banyak pesanan2 dalam ni..
2. Bacaan taklik - isteri2 kena dengar betul2 time ni.. bukan ape, mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita, tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami.. so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang 'nothing'.. bila tengok pasal taklik ni terus buat research pasal lafaz taklik negeri kelantan.. sebab teks taklik ni berbeza ikut negeri, tak seragam.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..
LAFAZ TAKLIK NEGERI KELANTAN
"Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik iaitu manakala saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syarak dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim syarak bagi pihak saya sebanyak RM 1.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk."
3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab - err.. kat kelantan, rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni.. ala yang ala2 ustaz don buat tu.. yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog cik fia cakap kat johor ngan kedah ada adat ni.. betul ke kengkawan? harus tanya MBB ni.. kang aku terkujat tetiba dia dtg letak tangan atas kepala kang.. lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki.. 

0 comments: