Yang mana satu pilihan di hati. Antara CINTA dan HARAPAN? Adakah CINTA menghalang harapan daripada termakbul dan mencapai harapan serta impian yang telah tersemat di dalam pemikiran dan hati. Adakah pula HARAPAN mencegah daripada CINTA itu hadir? Yang terutamanya kita perlulah memahami konsep sebenar antara CINTA dan HARAPAN ataupun cita-cita atau impian. Bolehlah dikatakan CINTA serta HARAPAN kedua-duanya amat penting bagi setiap insan.
Harapan yang tercipta pasti kita akan sentiasa berusaha mencari dan mendapatkan apa jua yang diidam-idamkan. Rasa CNTA yang hadir pastilah amat dihargai sepenuhnya oleh si pemilik hati. tetapi, apa jua alasan untuk menerima CINTA serta memperjuangkan HARAPAN adalah bergantung kepada kemampuan seseorang memikul tanggungjawab dan amanah kurniaan ALLAH. Biarlah CINTA kepada ALLAH menjadi keutamaan yang sebenar-benarnya. Keutamaan yang sesungguhnya membawa kepada CINTA di semua pihak.
Setuju atau tidak, CINTA adalah fitrah setiap manusia. Semua pasti mahukan pasangan dalam hidup. Harapan ini perlunya diusahakan dengan mengikut lunas-lunas syariah ISLAM yang telah disyariatkan. Ucapan “Saya Sukakan awak” mestilah diniatkan dan juga diusahakan untuk bersama-sama menuju hari bahagia iaitu Walimatul-Urus, pernikahan. Jika telah diletakakan harapan bekerjasamalah untuk mencapai impian dan harapan yang murni. janganlah di harapkan hanya kepada pihak lelaki sahaja kerana jika mahukan kebahagiaan bermulalah bekerjasama sedari mula sebelum dilangsungkan pernikahan.
Bagi ibu bapa mainkanlah peranan dengan membuka fikiran untuk turut membantu anak-anak yang ingin menjalankan ibadah pernikahan yang telah disyariatkan oleh ISLAM. Tidak perlulah mengikut budaya yang sedia ada untuk menyerahkan segalanya kepada anak-anak. Harapan pernikahan yang diimpikan adalah satu impian yang murni dan InsyaAllah mendapat keberkatan ALLAH dunia dan akhirat.
CINTA dan harapan dalam rumahtangga lebih utama daripada sebelum pernikahan iaitu percintaan. Pesanan saya adalah tidak perlulah memberi harapan serta menaruh harapan. Ini kerana di dalam alam percintaan masih tidak boleh memastikan bahawa benarkah dia adalah jodoh kita. Cukuplah percintaan hanya dengan perkenalan biasa. Ini kerana ramai remaja di luar sana kecewa setelah berlakunya perpisahan sama ada di rancang ataupun tidak di rancang. Sedih dan kecewa sepatutnya tidak perlu berlaku sekiranya batas-batas dalam perkenalan dijaga dengan rapi.
Telah termaktub dalam ajaran ISLAM yang mana harapan terutama termasuklah rasa CINTA yang membara itu diagungkan kerpada ALLAH. Inilah sebenar-benarnya CINTA dan Harapan yang di sandarkan sesuai dengan sifat ALLAH iaitu Al-Wakil. Segala-galanya lakukanlah kerana ALLAH Taala. LillahiTa’ala.
Janganlah kamu berputus asa dari kasih Allah, sebab sesungguhnya tidaklah berputus asa dari kasih Allah kecuali kaum yang kafir
Yusuf: 87
Ini menunjukkan bahawasanya tidak salah untuk mempunyai rasa CINTA dan Harapan kepada sesuatu atau seseorang tetapi sandarkanlah kepada “Tempat Bersandar” iaitu ALLAH. Mesti kita lebih mempunyai rasa kekuatan dan ketenangan di dalam hati sanubari.
Tidak perlu mengharap dan memberi harapan. Kerana lantaran harapan yang tinggi , jika ujian dan dugaan yang berlaku pasti salah seorang akan bersedih hati dan kecewa. Di dalam sesuatu kesulitan kembalikanlah rasa CINTA dan HARAPAN hanya untuk ALLAH. Selalulah berbaik sangka kepada rahmat ALLAH dan lafazkanlah Alhamdulillah kesyukuran kepada ALLAH sepenuhnya.
Doa, CINTA dan Harapan sematkanlah ke dalam hati mengharap kasih ALLAH terutamanya
Dan hanya kepada TuhanMu lah hendaknya engkau berharap....
0 comments:
Post a Comment