(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Surah An-Nur:26
Seringkali terdengar perkataan merendah diri. ’saya tidak sesuai untuk awak kerana awak terlalu baik’. Ayat sebegini bagus kerana merendah diri, tetapi adakah lebih elok dikatakan ‘InsyaAllah saya akan berusaha jadi lebih baik kerana ALLAH dan saya bersyukur mengenali awak’. Mengapa ia lebih elok? Jawapan: Menunjukkan kesyukuran kepada ALLAH kerana dipertemukan dengan seseorang yang beriman dan soleh atau solehah. Tidak perlu lah terlalu merendah diri sehingga seolah-olah tidak mahu berubah ke arah yang lebih baik. Alhamdulillah adalah perkataan yang sebaik-baiknya kerana memberi segala kesyukuran kepada ALLAH.
Jodoh pertemuan sebenarnya telah ditetapkan oleh ALLAH. Cuma adakah kita benar-benar mengharap kepada ALLAH. Beginilah, harapan kepada ALLAH itu suatu kemestian, tetapi hendaklah disertai dengan usaha. Bagaimana ingin berusaha? Jawapan: Carilah yang beriman. Kita semestinya tidak mengetahui siapakah yang menjadi milik kita (suami isteri) dan ia tetap menjadi rahsia ALLAH sehinggalah tiba saatnya.
" Seseorang yang BERIMAN pasti ia BAIK dan seseorang yang BAIK tidak semestinya BERIMAN. Pilihlah yang BERIMAN.Pasti berbahagia "
Kebaikan sememangnya wajib dilakukan oleh setiap insan. Tidak perlu berkata “alah, malaslah nak buat benda tue (cth sedekah), nanti orang kata menunjuk-nunjuk pulak” Lihat kepada kata-kata ini seolah-olah berbuat baik iaitu perkara disukai ALLAH boleh jadi menunjuk-nunjuk. Sebenarnya, teruskanlah berbuat perkara yang disukai ALLAH tanpa berpikir perkara lain. Untuk urusan lain biarlah ALLAH tetapkan. Sentiasalah berdoa kepada ALLAH untuk tetapkan hati. CINTAlah kepada perkara kebaikan walaupun kamu tidak tahu perkara itu baik untuk kamu atau tidak. Yang pasti kita telah mengerjakan perkara yang disukai ALLAH. InsyaALLAH pahala dan ganjaran tetap ada. InsyaALLAH..
Bahawasanya yakinlah kepada ALLAH yang mana jika kita membuat kebaikan kerana keCINTAan pada keimanan sebenar pasti ALLAH akan mempertemukan kita dengan isan yang serupa dengan kita. Teruskanlah mempamerkan keimanan kamu. Berkatalah, Aku bangga menjadi umat ISLAM!.
Kadangkala timbul persoalan “aku banyak buat dosa adakah ALLAH akan beri ampun pada aku”. Jika kita benar-benar ikhlas dalam taubat yang dilakukan pasti ALLAH tunjukkan sinar keimanan dalam hati kita. ALLAH Maha Pengampun, mintalah keampunan kepada ALLAH nescaya ALLAH akan ampun
Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
ALLAH akan memberikan rahmat di buka bumi dan syurga pada sesiapa sahaja yang di kehendaki. Selalulah berdoa “Ya ALLAH kurniakanlah daku hidayah di dalam hati ku dan berilah rahmatmu. Jadikan aku insan yang bersyukur”.
Ramai pula yang inginkan lelaki dan perempuan yang baik (fitrah manusia). Tetapi mestilah kita sendiri memperbaiki diri kita terlebih dahulu. Sucikan dan tambah ilmu dalam diri untuk medapat kurniaan rahmat dari ALLAH. Janji ALLAH pasti benar. Coraklah diri kita dengan kebaikan sebelum berniat dan berhajat untuk mendapat jodoh yang baik.
InsyaAllah semoga kita semua mendapat pasangan yang soleh solehah dan beriman. Sentiasa challengingly kita kepada ALLAH. Saling lengap melengkapi. Bersama cinta mencintai (suami isteri) kerana ALLAH. Pertemuan di mulakan dengan pernikahan. Sesungguhnya, jodoh pertemuan di tangan ALLAH dan ALLAH telah jadikan kita semua berpasang-pasangan.
0 comments:
Post a Comment