AKU BUKAN SEMPURNA TAPI AKU INGIN JADI YANG TERBAIK BUAT SUAMIKU SUATU HARi NANTI
- Aku tidak ingin dipandang cantik oleh ramai lelaki.Aku hanya ingin nampak cantik dimata suamiku nanti.
- Tak ada gunanya bagiku menjadi wanita idaman lelaki kerana aku hanya ingin menjadi wanita idaman suamiku sendiri.
- Aku tidak akan merasa bangga jika menjadi rebutan ramai lelaki.Tapi aku merasa bangga jika selalu menjadi pujaan suamiku sendiri.
- Aku juga tidak mahu jadi penyebab kecewanya ramai lelaki kerana aku selalu memberi harapan dengan janji - janji kepada ramai lelaki.
- Kelak nanti kalau aku bersuami, jika aku tidak ingin suamiku masih suka memandang wanita lain,maka aku dahululah yang perlu menundukkan pandanganku.
- Aku juga harus pandai memperbaiki diri dan menghias peribadiku dengan sebaik-baiknya kerana aku yakin itulah yang akan membahagiakan seorang suami.
- Jika aku menginginkan lelaki baik yang akan menjadi suamiku,maka aku juga perlu menjadi wanita yang baik terlebih dahulu.
- Aku yakin kerana Allah S.W.T telah menjanjikan lelaki yang baik itu untuk wanita yang baik,begitu juga sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment