ANTARA ADAB-ADAB BERBUKA PUASA
- Menyegerakan berbuka puasa " Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa "( Riwayat Bukhari & Muslim )
- Berbuka puasa dengan buah Rutab,Tamar atau Air " Bahawa Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat.Sekiranya tiada rutab,maka dengan beberapa biji tamar,dan sekiranya tiada tamar,maka Baginda minum beberapa teguk air " ( Riwayat Imam Ahmad & Tarmizi )
- Bersegera mengerjakan solat maghrib (sekiranya makanan belum dihidangkan) " Apabila seseorang dihidangkan makan malam sedangkan solat ( jemaah ) telah didirikan,utamakan makan malam. jangan seseorang itu tergopoh-apah menghabiskan makanan sehinggalah dia selesai dalam keadaan tenang." ( Hadis Riwayat Al-Bukhari )
- Berbuka puasa secara sederhana " Anak adam itu tidak memenuhi suatu bekas yang lebih buruk daripada perutnya.Cukuplah bagi anak adam itu beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belakangnya (memberi kekuatan kepadanya). Sekiranya tidak mustahil boleh dilakukan,suaplah satu pertiga untuk makanan,satu pertiga untuk minuman dan satu pertiga untuk pernafasan." ( Hadis Riwayat Al- Tarmizi )
- Menjamu makanan untuk berbuka bagi orang berpuasa. " Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa,pahalanya sama seperti pahala otang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit " ( Hadis Riwayat Al-Tarmizi )
~ ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna,agar dapat ku lalui dengan sempurna ~
0 comments:
Post a Comment